Wednesday 30 October 2013

APAKAH KAITAN OSTEOPOROSIS & KALSIUM, VIT D?



APAKAH KALSIUM? 

Kalsium secara umum yang kita tahu berfungsi menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung  serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.


Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang
Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.



MENGENAL TANDA OSTEOPOROSIS

Proses penuaan merupakan perkara biasa yg dialami dalam hidup yang tidak dapat dielakkan. Namun, penuaan  menyebabkan tulang lemah dan rapuh yang disebut ' osteoporosis. '
Keadaan tulang yang rapuh dan lemah menyebabkan tulang sangat mudah mengalami fraktur atau patah tulang.

Berikut adalah tanda-tanda terjadinya osteoporosis:
1. Patah Tulang
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka menderita osteoporosis sehinggalah mengalami patah tulang.
Patah tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh berlaku apabila mengalami kesakitan apabila melakukan kegiatan yang biasa dilakukan 
Patah tulang pinggul & tulang belakang merupakan kejadian yang paling kerap dialami pesakit osteoporosis akibat jatuh dan mengakibatkn impak kuat terutama pada tulang belakang.

2. Dowager’s Hump
Dowager’s hump biasa terjadi pada lelaki & perempuan yang mengalami osteoporosis. Dowager’s hump biasanya disebabkan oleh kompresi pada tulang belakang.
Keadaan ini menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok ke depan. Dowager’s hump boleh dicegah.

3. Berat Badan Menyusut
Penurunan berat badan disebabkan oleh kerosakan tulang belakang akibat 'fracture' boleh terjadi kepada pesakit lelaki mahupun perempuan.
Proses ini biasanya berterusan selama bertahun-tahun dan menimbulkan rasa tidak selesa dan sukar untuk melakukan aktiviti harian.
4. Stress Fractures
Stres fraktur/ patah tulang yang terjadi apabila melakukan aktiviti seharian, cthnya berjalan kaki.
Patah tulang ini sangat kecil dan tidak parah sehingga beberapa orang mungkin tidak menyedari mereka mengalami patah tulang.Stres fraktur juga dapat menyebabkan masalah lain seperti arthritis.

AMALKAN KALSIUM & VITM D DALAM DIET HARIAN ANDA SEKARANG!SHAKLEE OSTEMATRIX LENGKAP CUBALAH SEKARANG :)

DISTRIBUTOR: NURUL ADIBAH
ID SHAKLEE : 912171






 SAYANGI  & HARGAILAH TULANG ANDA